Friday, December 31, 2010

Selamat datang 2011.....

2011

Tahun baru datang lagi..2011 meninggalkan 2010 penuh kenangan, pengajaran, dan impian yang terabai. Meninggalkan 2010 yang telah memberi seribu makna dalam kehidupan sebagai bekalan untuk masa depan. yang dah berlalu jangan dikenang, mungkin ada keindahan yang menanti di masa depan....
Azam 2011???tidak perlu menunggu tahun baru untuk berazam, azam boleh datang bila-bila. Semasa gembira, sedih, kecewa, sakit, sihat....tapi keazaman yang kuat adalah pada ketika sedih & sakit....kerana kita telah belajar daripada jiwa yang menderita yang akan dikenang untuk sekian lama. Kita sepatutnya bersyukur dan berterima kasih kepada mereka yang menyebabkan kita sakit dan sedih, kerana merekalah yang membuka mata dan jiwa untuk mendapatkan azam yang kental. Terima kasih!!!!

Apa-apa pun SELAMAT TAHUN BARU 2011 kepada semua....semoga kita bersama-sama membuka lembaran baru dalam kehidupan kita semua dan terus hidup dalam kemakmuran....InsyaAllah...


Tak lupa juga..TAHNIAH kepada pasukan bola sepak negara atas kejayaan menjuarai Piala AFF Suzuki...kegemilangan di penghujung 2010...TAHNIAH!! tapi jangan cepat lupa diri yeee....