Tuesday, March 30, 2010

Sahabat oh Sahabat.....

Bertemu lagi..pena maya ku ingin menari, kali ini inginku meluahkan rasa hatiku tentang erti persahabatan. Aku amat menghargai persahabatan, yg disulami dengan kejujuran, kasih syg(sbg sahabat) & keprihatinan...
Tapi, apa yg ku temui dalam persahabatan ku dgn seorang insan yg pernah ku ku kongsikan segalanya tentang diriku & dirinya, hanyalah sebuah persahabatan yg berkongsikan kegembiraan semata-mata. Aku diperlukan hanya ketika dia berduka, tiada teman bicara, TAPI di kala gembira, aku dipinggirkan tanpa kabar berita. Terima kasih teman, kerana inilah harga persahabatan yg ku terima dari dirimu yg ku sangkakan akan menjadi teman suka duka ku.
Apalagi yg kita cari dalam persahabatan?? Sahabat lah yg akan menemani di kala kita memerlukan...
Tanyalah dirimu wahai sahabatku....PERNAHKAH KAU BERTANYA TENTANG KEADAANKU??PERNAHKAH KAU BERTANYA KABARKU?PERNAHKAH KAU INGIN MENGAMBIL TAU MASALAHKU?PERNAHKAH KAU SERIUS BILA KU BERCERITA TENTANG ESAKAN KU? PERNAHKAH KAU MENDOAKAN KEBAHAGIAANKU??
Cuba kau renung kembali sahabatku....setiap kali kau berduka & kecewa...akulah yg kau cari & menemani mu mencari ketenangan diri...& cuba menggembirakan mu....
Bukannya aku ingin mengungkit atas apa yg ku berikan kepadamu selama ini...cuma ingin meluah rasa di atas apa yg terbuku di hati setelah menilai apa yg telah kau lakukan pada ku kini....Aku tahu kau sedang mengecapi kebahagiaan...kerana itulah aku kau abaikan...kerana aku hanya satu persinggahan tika hidupmu di landa badai....
Walau apa pun wahai sahabatku...terima kasih di atas kegembiraan yg kau berikan kepada ku selama ini...doa ku..semoga kau beroleh kebahagiaan yg kau cari...
Kepada sahabat di luar sana, hargai lah persahabatanmu & sahabatmu...jaga lah ia...suburkan lah ia...jika kita menjaga nya dengan sempurna..nescaya kita akan menjadi insan yg paling bertuah kerana memiliki persahabatan sejati....Berusahalah....

Mrs Jack Sparrow : sedih dapat kawan yg penting diri sendiri.....:-(

No comments:

Post a Comment