Wednesday, May 26, 2010

Aku menulis lagi....

Lama betul aku 'sepi'...kesibukan yang tak sudah2, hingga kan FB pun aku abaikan..banyak yg ingin ku coretkan tapi macam dah lupa apa yg ingin ku titipkan di sini.
Semalam aku mendapat khabar gembira, penghargaan atas usaha, kerja, khidmat selama ini, akhirnya ku miliki pada 15Jun tahun ini, SYUKUR ALHAMDULILLAH, yg tidak terhingga ku panjatkan kepadaNya....itulah namanya rezeki kurniaan Tuhan...semoga rezeki ku bertambah & melimpah di masa depan...Amiiinnn..
Semalam juga seorang lagi adikku berjaya menggenggam ijazah nya...syukur lah...itulah namanya rahmat kurniaan Ilahi..sentiasa ada untuk hambaNya...
Tapi..dengan siapakah dapat ku kongsikan semua kegembiraan ini???hinggakan aku terpaksa menghitung & memikir...insan mana yang dapat berkongsi kegembiraan ini bersama-sama...kawan? memang ada..tapi masing-masing dengan agenda nya...itulah nasib jika tiada sesiapa yang sentiasa ada di sisi untuk berkongsi kegembiraan, kedukaan, kesepian, kekecewaan...cuma di sinilah tempatku untuk meluah rasa. Tapi, apa-apa pun aku tetap gembira...biarlah semuanya ku tanggung & ku nikmati sendiri....yeaaahhhhh!!!!
Kepada Norhayati Berahim....kini novel mu akan kumiliki....baru tadi aku beli 2 buah novel NB terkini secara online....tidak sabar rasanya menanti ketibaan novel itu, boleh lah ku bawa ada 15jun nanti sebab dalam perancangan aku dan kawan baikku akan bercuti 2-3hari untuk jalan-jalan....sekadar ingin menikmati hidup..lagipun kami berdua tidak pernah bercuti bersama-sama..kebetulan pula kami sama-sama akan hadir untuk penganugerahan itu nanti...so..bolehlah terus bercuti...insyaAllah...
cukup dulu setakat ini...kurang idealah sekarang...tunggulah satu masa nanti...bila mood sampai untuk coretan seterusnya....choowwwww!!!!!!!!!!!!!

No comments:

Post a Comment