Wednesday, April 14, 2010

Aku kembali lagi...

Lama dah rehat dari blogging...lebih dr seminggu, rindu rasanya, sibuk sedikit hingga aku sendiri tak tau apa yg aku sibukkan..
Macam-macam hal yg berlaku kebelakangan ini, dari kes pembuangan bayi hinggalah aksi kejam seorang suami yg menyimbah isterinya dengan asid setelah ditolak kemahuan seks oleh sang isteri..apa nak jadi dengan dunia sekarang...
itu belum lagi masuk cerita anak yg didera oleh pengasuh @ ibu bapa sendiri, memang dunia kini telah pun berada di akhir zaman...
Sedih bila memikirkan bayi-bayi yg tidak berdosa menjadi habuan sang semut yg mencari makanan dan menjadi suapan tong sampah yg sepatutnya tempat utk membuang sampah...tapi kini, bukan sekadar sampah yg dibuang di situ, TAPI BAYI JUGA MENJADI PENGHUNI TONG SAMPAH KINI... itu baru bayi yg dijumpai...bayangkanlah kalau mayat bayi itu tidak ditemui, berada jauh di bawah tong sampah...kesian sang bayi yg tidak berdosa...wajarkah si kecil itu menjadi mangsa akibat kealpaan kita?akibat kelekaan ibu bapanya menikmati nikmat dunia???semoga aku dijauhi dari dosa-dosa ini..Amiinnn...
mungkin ada benarnya 'season' buang bayi ini berkaitan dengan acara sambutan sesetengah upacara yg dipandang tinggi di negara kita dan dunia...sambutan yg membawa kepada kelekaan & temasya yg tiada batasan hingga membawa kita semua lupa ajaran agama, lupa segala-galanya...sambutan Hari Kemerdekaan..memang benar-benar telah 'memerdekakan' anak-anak muda, separa muda, yg tua pun ada....
Sambutan Tahun baru (ala-ala negara barat) juga benar-benar memberi nafas baru kepada mereka hingga kan berjaya menanam benih tanpa diduga...yg akhirnya menjadi mangsa tempat pembuangan sampah saja penamatnya....SEDIH..
Apa pula yg terjadi kepada sang suami??yg sanggup menyiksa isteri yg sepatutnya dilindungi? apa pula mahu sang ibu??hingga sanggup membunuh si anak?? mungkin kemahuan nafsu & ketidakwarasan akal fikiran telah mengaburi pandangan mereka dari berfikir dengan sempurna...
Di sebalik semua kisah ini, lain pula halnya dengan dunia politik kita...macam-macam berlaku hinggakan kita sebagai pemerhati kini..hanya mampu mendengar & membaca dengan hati yg kosong saja...
Lain pula halnya dalam dunia kerjaya ku sekarang...banyak hal yg telah berlaku dan yg akan berlaku...semuanya inginkan transformasi yg bakal menggegar dunia...hinggakan aku juga bagaikan sudah transform dari diri sendiri dengan menjerumuskan diri dalam dunia blog..hehe...sekadar utk menjadi tempat luahan rasa....
Rasanya cukup dulu utk hari ni...malam ni nak pegi tengok wayang..lama dah tak tengok..last hari tu tengok Niyang Rapik...baru hari ni nak pegi nonton movie baru lagi..mungkin Clash of titans rasanya...
Semoga ketemu lagi...insyaAllah....
sayang..faiz

No comments:

Post a Comment