Monday, April 5, 2010

Perginya seorang yg bernama DIN BERAMBOI....

Tidak diduga...baru je namanya naik dalam industri hiburan tanah air, walaupun sebelum ini, lawaknya tidak dipandang oleh sesiapa...namun bakat menghiburkan orang lain memang terpahat dalam jiwanya...
Dulu dia merupakan kartunis, karyanya sering menggeletek hatiku...dengan karakter kartunnya yang berambut serabai...gigi jarang-jarang...dia termasuklah dalam senarai kartunis yg ku minati satu ketika dulu(masa muda-muda, beli majalah Ujang..)..memang karyanya mencuit hatiku...aku jenis yang amat payah untuk ketawa bila membaca sesuatu...tapi melihat karya beliau..aku boleh ketawa @ tersenyum meleret kerna terhibur dek lawak dalam kartun beliau..
Kemudian, dia mula mengorak langkah ke dunia hiburan...namun lawak spontan yang beliau ketengahkan amat sukar diterima oleh masyarakat kita...tapi kerana lawak beliau itulah..aku boleh ketawa & amat menghiburkan...lawak spontan yg kita tidak jangkakan akan keluar dari mulutnya dengan selamba...HAHAHAHA...itulah DIN BERAMBOI yg ku kenal..walaupun dia tidak mengenaliku...
Keriuhannya di konti ERA menceriakan pagi kita semua..namun kini..tiada lagi suara nya akan menemani kita dalam perjalanan menuju ke pejabat. Kesian Aznil..tiada lagi teman riuhnya di ERA...
Tatkala memberikan komennya sebagai juri Raja Lawak 4...setiap minggu dengan karakter yg berlainan..amat mencuit hati...terutama pada minggu kedua terakhir..(sebagai tok ketua yg asyik bercakap pasal kenduri...hahahah) & pujian kepada Alex yg sesuai menggantikannya sebagai DJ ERA..seolah-olah memberi gambaran bahawa memang beliau akan meninggalkan ERA buat selama-lamanya...terbukti kini ungkapan beliau menjadi kenyataan...
Salam takziah buat keluarga DIN BERAMBOI...semoga mereka tabah mengharungi dugaan ini...kerana kehilangannya pasti amat dirasakan...
Secara jujurnya, DIN BERAMBOI lah selayaknya memenangi Kategori Artis Lelaki Komedi Popular & Terbaik(jika ada) 2009....
Terima kasih DIN BERAMBOI...kerana menghiburkan hari-hariku yg lalu...
AL-FATIHAH buat DIN BERAMBOI..semoga rohnya ditempatkan di sisi orang-orang yg beriman...Amin..

No comments:

Post a Comment